Tan Sri Mohamed bin Rahmat (4 Januari 1938 – 1 Januari 2010) merupakan ahli politik UMNO/ Barisan Nasional yang terkenal di Malaysia. Beliau berketurunan Jawa, dilahirkan di Pulai,Johor, selatan Malaysia. 'Tok Mat' adalah gelaran singkat bagi beliau. Beliau turut digelar 'Tok Mat', 'Mat Setia', 'Mat Umno' ,'Mat Bulat' dan 'Mr Propaganda'. Ucapan sebelum dan semasa Perhimpunan Agung UMNO sentiasa dinantikan sama seperti pengulungan Presiden UMNO.